SURAU AN NUR,ZON MAWAR Jalan Mawar 2/2,Persiaran Amanjaya 4, Bandar Aman Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman
Sunday, January 30, 2011
Liputan Ceramah Ustaz Shahul Hameed 30/1/2011
Assalammualaikum w.b.t.......bertemu lagi kita diruangan ini.Lama tak menulis kerana ada komitmen yang terlalu padat awal tahun ni....Alhamdulillah...semalam telah berlangsung satu ceramah khas awal tahun di mana kita telah mengundang Ustaz Shahul Hameed ke Surau An Nur.Pihak surau merakamkan jutaan terima kasih kepada ustaz kerana sudi hadir juga ke Zon Mawar....banyak ilmu yang kami dapat terutamanya tentang Jihad....walaupun beliau mempunyai komitmen yang lain....namun beliau sudi hadir juga untuk menyampaikan dakwah beliau kepada kita....Di sini saya boleh katakan rugi sangat-sangat kepada yang tidak hadir.....kerana cara penyampaian beliau amat berlainan....alhamdulillah rasanya majoriti boleh menerima cara beliau.....terima kasih juga diucapkan kepada AJK Surau An Nur yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut....tahniah buat semua AJK....Pihak kami juga merakamkan terima kasih juga kepada penduduk Zon Mawar dan jemaah surau-surau yang berhampiran yang sudi hadir bagi memeriahkan ceramah ini.Tak lupa kepada pihak yang menyediakan jamuan untuk penceramah dan juga untuk semua tetamu......semoga Allah membalas jasa tuan-tuan dan puan-puan...... Di atas ini ada gambar-gambar yang saya rakamkan....minta maaf hanya secara rambang sahaja yang dapat saya paparkan untuk saya berkongsi dengan anda semua......
Tuesday, January 18, 2011
Berhati-hati parking motosikal di Sungai Petani...........
Assalammualaikum....w.b.t...
Salam Zon Mawar...
Alhamdulillah,walaupun dalam keadaan yang amat sibuk hari ini...dapat juga masa untuk saya mencoretkan senario yang berlaku di bandar Sungai Petani buat masa ini.Kepada penduduk Zon Mawar yang menunggang motosikal,berhati-hatilah untuk meletakkan motosikal anda.Letakkanlah di tempat yang disediakan MPSPk....Kalau salah letak...alamatnya motor anda akan diangkut ke dalam lori MPSPk dan akan disimpan oleh mereka di pejabat MPSPk.....RM50 akan dikenakan untuk mengambil motosikal anda kembali di pejabat mereka....Jadi,ikutlah peraturan kalau nak motor atau RM50 anda selamat.Ada lebih baik RM50 itu didermakan kepada Surau An Nur....ataupun buat kenduri dengan menjemput saya.....
Sekian ....Harap Maklum.....

Monday, January 17, 2011
waspada....cuaca panas!!!
Assalammualaikum w.b.t...
Salam Zon Mawar....
3-4 hari ni....kita mula merasa bahang cuaca terik di kawasan kita....Alhamdulillah....inilah rahmat Allah.....selepas kita menerima musim hujan.Sekarang tibalah pula musim panas... doktor-doktor lepas ni terpaksalah bertungkus lumus untuk menyediakan ubat-ubatan untuk pesakit-pesakit,Jadi kepada penduduk Zon Mawar....Jagalah kesihatan akibat cuaca panas dan kering ini....Minumlah air masak yang lebih seperti biasa....Aktiviti riadah tu biarlah waktu redup sedikit....Ais?????kalau boleh jauhkanlah......batuk,sakit kepala,demam dan berbagai-bagai lagi akan hinggap kepada kita kalau kita tidak menjaga kesihatan............Insya Allah.....sama-samalah kita menjaganya.....
Kepada anak-anak Zon Mawar.....duduk di rumah bacalah atau buat latihan untuk pelajaran......petang baru main.....Insya Allah sihat.........

Sunday, January 16, 2011
Salam takziah........
Assalammualaikum w.b.t
Kami di pihak Surau An Nur mengucapkan salam takziah kepada keluarga Kak Yam dan suaminya Tom atas kehilangan ibu yang tersayang mereka yang telah pulang ke rahmatullah pada 16hb Januari.Semoga Kak Yam sekeluarga tabah menghadapinya.....Al Fatihah buat ibu beliau....Pihak Surau An Nur mengucapkan terima kasih kepada penduduk Zon Mawar yang terlibat dalam urusan tersebut.Majlis bacaan tahlil akan dibuat dirumah beliau 3 hari berturut-turut bermula semalam.Penduduk Zon Mawar yang berkesempatan diminta ke rumah beliau malam ini dan malam esok selepas solat Isya' untuk bacaan tahlil untuk arwah ibu beliau.Sekian terima kasih.Wassalam......

Friday, January 14, 2011
Januari...bulan bergotong royong....2011 tahun bekerjasama.....
Assalammualaikum w.b.t
Salam Zon Mawar.......
Januari...Bulan pertama dalam tahun masehi...dan bulan Safar bulan kedua dalam kalendar Islam....kiranya awal tahun lah dalam kedua kalendar.Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur oleh pencipta kita iaitu Allah s.w.t.Tahun ni Surau An Nur telah membuat permulaan yang baik pada awal tahun ini.Mengorak langkah memperkemaskan landskap Surau An Nur.Rasa bangga sekali menjadi sebahagian daripada penduduk Zon Mawar dan juga jemaah Surau An Nur.Bukannya apa,pertama kerana surau kita semakin hari semakin aktif dengan pelbagai aktiviti.Pada 2 minggu kebelakangan ini,pihak surau melancarkan gotong royong memperbaiki landskap Surau An Nur,hasilnya amat mebanggakan kerana ramai yang datang dan kerja menjadi mudah.(2 batang pokok ditumbangkan dan 'clear' segalanya.Alhamdulillah,semangat kerjasama inilah yang menyeronokkan saya.Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai sambil mengeratkan silaturrahim.Perkara ini yang dituntut oleh agama kita.
Hari Ahad ini,iaitu 16 Jan 2011 ialah hari keputeraan Sultan Kedah....jadi berkesempatan dengan cuti am seluruh Kedah ini,maka kita melancarkan lagi gotong royong untuk memperkemaskan kawasan belakang surau kita.Dan berkemungkinan untuk membuat tiang gol untuk anak-anak Zon Mawar bermain bola sepak di padang depan surau ini.Bolehlah sambil bekerja secara amal dapat juga kita berkenalan dan bertegur sapa dengan lebih rapat antara penduduk Zon Mawar ini.Objektif kita akan lebih tercapai dengan lebih ramai yang datang.Ketepikanlah ideologi-ideologi yang selama ini membelenggu dan memecah belahkan kita.Tahun baru ini,marilah kita bekerjasama demi kesejahteraan Zon Mawar sebelum kita memejamkan mata buat selamanya.
Selain itu juga ,pihak Surau An Nur juga akan membuat lebih banyak aktiviti untuk masyarakat setempat pada tahun ini.Program Maulidur Rasul pada bulan Februari nanti juga akan melibatkan banyak pihak,jadi marilah kita bersama-sama berganding bahu menjadikan aktiviti kita khususnya taman Zon Mawar ini lebih bermakna untuk kita.
Hidup Zon Mawar......amin...

Thursday, January 13, 2011
Wira-wira Subuh di Zon Mawar.......
Assalammualaikum w.b.t
Salam Zon Mawar......
Bertemu lagi di ruangan ini.Kali ini saya nak bercerita tentang 2 orang yang saya katakan sebagai hero/pahlawan/idola bagi kita lah.Mereka ini hanya orang biasa saja,macam kita-kita juga.Tetapi mereka ini Allah telah beri satu kekuatan yang cukup hebat dalam diri mereka.Mereka inilah yang menghidupkan hari kita,mendoakan kesejahteraan untuk kita dan pembuka tirai pagi Zon Mawar.Mereka cukup istiqamah melakukan kerja ini.Rasanya bukan calang-calang orang mampu melakukan tugas ini.Bagi saya,mereka ini orang yang cukup-cukup hebat Allah beri kepada taman kita.
Mereka yang saya maksudkan ialah Encik Fauzi dan Mejar(B)Mohd Akhir.Apa yang membuat saya kagum dengan mereka bukanlah kerjaya mereka yang hebat tetapi keikhlasan mereka pada waktu Subuh.Tanpa dipaksa atau disuruh mereka tetap menjalankan tugas mereka seorang sebagai bilal dan seorang lagi sebagai Imam pada waktu Subuh.Bertahun-tahun mereka melakukannya.Cukup hidup Subuh di Zon Mawar.Alhamdulillah,sekarang ini jumlah makmum pada waktu Subuh semakin ramai,tambah-tambah pada hari Sabtu,Ahad dan hari cuti am.Berbalik kepada wira-wira kita ini,saya tak tahu hadiah apa yang patut kita beri,jutaan terima kasih??? atau saya mendoakan kesejahteraan mereka???Cukup hebat orang-orang ini.
Semoga mereka akan terus berkhidmat untuk Surau An Nur, Zon Mawar khususnya agama Islam kita ini.Saya berharap kekuatan yang Allah berikan kepada mereka itu untuk saya terus meningkatkan diri saya mendekatkan diri dengan Allah seterusnya menyelamatkan saya dari terhindar dari golongan MUNAFIK.
*Masih segar dalam minda,pesanan guru saya"PERBEZAAN GOLONGAN MUNAFIK DENGAN GOLONGAN MUKMIN IALAH KEKUATAN UNTUK SOLAT SUBUH SECARA BERJEMAAH"....wallahu'alam....
*coretan ini hanyalah luahan hati saya saja,jika ada terkasar atau tersalah bahasa...Minta maaf dan tegurlah saya...Insya Allah saya akan memperbaikinya.

Wednesday, January 12, 2011
Antara bangga dan terkilan........
Assalammua'laikumwarrahmatullahhiwabarakatuh....Salam Zon Mawar...
Hari ini waktu pulang ke rumah,2 orang anak kenalan saya datang untuk meminjam cangkul,lalu saya bertanya untuk apa.Jadi jawapan mereka "nak buat tiang gol".Saya bertanya dengan siapa nak buat.Jawapan mereka"Kami ramai-ramai".Alangkah bangganya saya melihat kanak-kanak yang berusaha untuk menjadikan tiang gol untuk mereka bermain bola sepak.Maka saya biarkan mereka di padang.10 minit kemudian saya ke padang.Inilah hasilnya........

Cukup bangga dengan mereka,kerana nilai-nilai murni(kerjasama dan prihatin) yang mungkin diterapkan di sekolah telah dimanfaatkan mereka.Jadi saya tinggalkan mereka kerana ada urusan lain.Namun setelah difikirkan,patutkah mereka membuat tiang gol sendiri???Mungkin membahayakan mereka.Mereka bukan ada kemahiran yang tinggi untuk membuat tiang gol malah menahan sepakan bola yang kencang.Bahaya!!!!kalau tiang makan tuan......fikir-fikirkanlah....di mana masa kita untuk anak-anak kita??Taman kita ada berbagai parti-parti politik,N.G.O-N.G.O.....tapi...entahlah.....mungkin kanak-kanak ini tidak ada kepentingan!!Di manalah nilai-nilai murni(prihatin) sebagai organisasi yang bertanggungjawab??
Wallahu'alam
*coretan ini sebagai renungan kita.Maafkan saya andai terkasar atau tersalah bahasa.
Wednesday, January 5, 2011
Ceramah Agama Ustaz Shahul Hameed(Imam Masjid Teluk Kumbar)
CERAMAH AGAMA
USTAZ SHAHUL HAMEED
(IMAM MASJID TELUK KUMBAR &
PENGASAS KEDAI HALALAN TOYIBA' SEKITAR PULAU PINANG)
TARIKH : 30/01/2011
TEMPAT : SURAU AN NUR,ZON MAWAR
MASA : LEPAS SOLAT ISYA'
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT MESTI DATANG
ADA JUALAN BARANG-BARANG HALALAN TAYIBA
Sunday, January 2, 2011
Majlis Gotong Royong Perdana Surau An Nur
Tarikh : 2/1/2011 bersamaan 27 Muharram 1432
Terima Kasih diucapkan kepada penduduk Zon Mawar yang sudi hadir untuk membersihkan kawasan Surau An Nur.......terutama yang paling istimewa ialah kanak2 Zon Mawar....memang POWER la lu orang.........

Video 1 pokok vs penduduk Zon Mawar
Dok berbincang(one to som)angkat dahan kayu....
Memerhati Tarzan Zon Mawar
En Shakirol(badang Zon Mawar)
Nak cari kayu...nak cari kayuu....
Apa yang pentinggggggg...kerjasamaaaaaa...
Macam ni cara nak tarik.......
Dok menyorok pulakkk....
Hah...dapat pon(tok penghulu)
kawasan yg sudah dibersihkan...
gambar pasang kuda2....
fasa 1(dahan dijatuhkan)
pegawai keselamatan menjaga keselamatan tempat
pekerja yg dikontrakkan.....
pembersihan dahan......
ajk makanan.........jamuan disediakan untuk pekerja sukarela
geng tarik yang diketuai oleh Kolonel Md Noor(seluar celoreng)
sebahagian mencantas pokok kecil2....
3 orang kuat membersihkan longkang....
Pengerusi mengangkat kayu punca longkang tersumbat...
6 jahanam..........
wanted RM50 000.00
inilah pokok yang akan ditumbangkan....
pintu masuk surau dah dibersihkan.....
tiada lagi kelibat pokok yg mengganggu trafik keluar masuk surau....
operasi pembersihan oleh kanak2 Zon Mawar(cayalahhhhh.....)
Sibuk nampakkkkkk.......
kanak2 Zon Mawar....memang sempoi betul la....
Mejar Md Akhir dan tentera Infantrinya....
dok kait ka...dok tarik.....
gabungan yang mantop.........
ini berlakon ka....betul2 ni.....muka dok senyum ja....
nak turun camna pulak niiii...........
keadaan tegang seketika memaksa pengerusi menjadi kaget....
hero sejati.........
perbincangan meningkat mutu kualiti kerja...
keadaan yang huru hara sebentar........namun terkawal
pakar potong pokok...diimport dari Gua Musang...
pakar no 2...diimport dari bomba Sg Petani....
bersedia untuk menjatuhkan lawan.....
sorang ni ja bersemangat....yang lain relaks ja....
masih dlm pemotongan.......
keadaan yg telah dibersihkan
keadaan terkawal.....
ok...sediaaaaaaaaaaa.........
inilah wira sebenarnya.........betul2 ho liauuuuuuu
pokok yg telah ditumbangkan.....
alhamdulillah selamat.........
Subscribe to:
Posts (Atom)