Assalammualaikum w.b.t
Salam Zon Mawar.......
Januari...Bulan pertama dalam tahun masehi...dan bulan Safar bulan kedua dalam kalendar Islam....kiranya awal tahun lah dalam kedua kalendar.Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur oleh pencipta kita iaitu Allah s.w.t.Tahun ni Surau An Nur telah membuat permulaan yang baik pada awal tahun ini.Mengorak langkah memperkemaskan landskap Surau An Nur.Rasa bangga sekali menjadi sebahagian daripada penduduk Zon Mawar dan juga jemaah Surau An Nur.Bukannya apa,pertama kerana surau kita semakin hari semakin aktif dengan pelbagai aktiviti.Pada 2 minggu kebelakangan ini,pihak surau melancarkan gotong royong memperbaiki landskap Surau An Nur,hasilnya amat mebanggakan kerana ramai yang datang dan kerja menjadi mudah.(2 batang pokok ditumbangkan dan 'clear' segalanya.Alhamdulillah,semangat kerjasama inilah yang menyeronokkan saya.Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai sambil mengeratkan silaturrahim.Perkara ini yang dituntut oleh agama kita.
Hari Ahad ini,iaitu 16 Jan 2011 ialah hari keputeraan Sultan Kedah....jadi berkesempatan dengan cuti am seluruh Kedah ini,maka kita melancarkan lagi gotong royong untuk memperkemaskan kawasan belakang surau kita.Dan berkemungkinan untuk membuat tiang gol untuk anak-anak Zon Mawar bermain bola sepak di padang depan surau ini.Bolehlah sambil bekerja secara amal dapat juga kita berkenalan dan bertegur sapa dengan lebih rapat antara penduduk Zon Mawar ini.Objektif kita akan lebih tercapai dengan lebih ramai yang datang.Ketepikanlah ideologi-ideologi yang selama ini membelenggu dan memecah belahkan kita.Tahun baru ini,marilah kita bekerjasama demi kesejahteraan Zon Mawar sebelum kita memejamkan mata buat selamanya.
Selain itu juga ,pihak Surau An Nur juga akan membuat lebih banyak aktiviti untuk masyarakat setempat pada tahun ini.Program Maulidur Rasul pada bulan Februari nanti juga akan melibatkan banyak pihak,jadi marilah kita bersama-sama berganding bahu menjadikan aktiviti kita khususnya taman Zon Mawar ini lebih bermakna untuk kita.
Hidup Zon Mawar......amin...
No comments:
Post a Comment