Assalammmualaikum w.b.t....
Salam Zon Mawar.......
Bertemu lagi dalam ruangan ini..... lama tidak dapat menulis kerana terlalu sibuk....Alhamdulillah....sekarang dah masuk bulan kedua dalam Masihi dan bulan ke 3 dalam bulan Hijrah.....maka dalam bulan ini berbagai cuti yang dapat kita nikmati....antaranya cuti Tahun Baru Cina....kepada masyarakat Tiong Hua...pihak Surau An Nur...mengucapkan Gong Xi Fa Chai....dan bagi masyarakat Islam pula bulan ini kita akan menyambut satu peristiwa iaitu hari di mana junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W kita dilahirkan.......Subahanallah....dengan kelahiran baginda maka lahirlah satu peradaban yang diterjemahkan oleh baginda kepada kita.......antaranya sifat baginda,peristiwa yang berlaku semasa hayat baginda.... yang paling utama ialah turunnya ayat-ayat Al Quran semasa adanya baginda dan pesanan-pesanan baginda kepada kita melalui hadis beliau.....semuanya ini untuk memacu kita menjalani kehidupan sebagai hamba Allah......terima kasih wahai Muhammad ya Rasullah..........sesuailah dengan hadis baginda yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Iman......Rasulullah S.A.W bersabda"Agama itu Nasihat"....jadi sempena Maulidur Rasul ini marilah kita bersama-sama muhasabahkan diri kita ke jalan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk mendapat keampunan dan keredhaan dari Allah S.W.T....Insya Allah.....bersama-samalah kita memperingati Nabi Muhammad S.A.W yang telah berjuang walaupun terpaksa menerima keperitan,tohmahan,kesusahan dan kesakitan yang semuanya ini untuk.........bukan untuk sesiapa....tetapi semata-matanya untuk KITA............jadi untuk itu pada 14 dan 15 hb Februari 2011 ini....pihak Surau An Nur,pengusaha-pengusaha Tadika dan pihak Rukun Tetangga Zon Mawar kali ini akan menyambut Maulidur Rasul peringkat Zon Mawar di Surau An Nur..... jadi kepada penduduk Zon Mawar...ayuh keluarlah beramai-ramai pada 15 Februari 2011 ini untuk bersama-sama kita menyambut hari kelahiran junjungan besar kita dan idola kita........iaitu Nabi Muhammad S.A.W ..............
No comments:
Post a Comment